Terma Dan Syarat Permohonan Online Sistem Janji Temu SPA
1. Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain;
2. Permohonan janji temu boleh dibuat seawal satu (1) hari dari tarikh janji temu dan sebelum dari tarikh janji temu dan sehingga 2 minggu dari tarikh semasa, tertakluk kepada kekosongan;
3. Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi / bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan hari cuti kelepasan am bagi negeri-negeri bagi sesetengah Pusat Temu Duga (PTDPlus) SPA. Rujuk waktu operasi PTDPlus. Permohonan pada tarikh cuti kelepasan am akan terbatal dan permohonan janji temu baru perlu dibuat;
4. Pemohon perlu berada di PTDPlus sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu janji temu. Pihak SPA berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya lewat atau pihak SPA terdapat sebarang kecemasan, bencana dan urusan yang tidak dapat dielakkan. Permohonan yang terbatal perlu dibuat permohonan janji temu baharu; dan
5. Perkhidmatan Sistem Janji Temu SPA ini adalah percuma.Pihak SPA tidak pernah melantik ejen atau mana-mana individu sebagai orang tengah dalam sebarang urusan berkaitan permohonan janji temu.